SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK UNTUK ANAK



Assalamualaikom sahabat....

Alhamdulillah lepas melahirkan sehinga hari ni putri saya dah berumur 2 tahun & saya masih lagi berjaya memberinya susu badan walaupon sudah mula memberinya susu formula. Alhamdulillah juga susu badan masih ada sejak mengamalkan pengambilan set budget menyusu...maklumlah nak mencuba katanya...

Sebenarnya sudah banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan satu titik permulaan yang paling baik kerana susu ibu amat penting bagi menjamin perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. 

Agungnya kuasa Allah kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu kerana Allah mengurniakan khasiat yang tidak ternilai daripada badan ibu itu sendiri dan dihiasi dengan kasih sayang antara bayi dan ibu. Allah juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud

"Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Al Baqarah:233)

Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari-hari pertama selepas kelahiran, ibu-ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup.

Antara kebaikan susu ibu ialah:

  • Mengandungi komposisi nutrien yang sesuai dan cukup dengan perkembangan bayi yang membesar. 
  • Bebas daripada bakteria kerana ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok.
  • Penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri. 
  • Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. 
  • Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. 
  • Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yang berlebihan.
  • Enzim lipase yang terkandung di dalam susu ibu boleh menghadamkan lemak yang merupakan sumber utama bagi bayi. Ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.
  • Mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi kerana di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu formula.
  • Susu ibu tersedia bila- bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril.

Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yang dihadam dan serap adalah rendah menyebabkan banyak hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dalam darah adalah tinggi.

Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar kepada bayi malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian menunjukkan anak- anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu.


Penelitian ini menunjukkan hikmah Allah menggalakkan penyusuan ibu yang lengkap bagi menjamin keberterusan generasi berkualiti. Sejajar dengan firmanNya "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun." (Luqman:14).


Di samping itu, penyusuan bayi dapat membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari. Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kerana dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Dari perspektif Islam, menyusukan bayi merupakan kewajipan bagi seorang ibu dan menyempurnakan haknya jika dia mampu. Tempoh penyusuan ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah 2 tahun. Bapa merupakan individu yang sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keperluan bagi ibu. Ini memaparkan bahawa Islam menganggap penyusuan ibu sebagai kewajipan utama yang patut dilaksanakan.
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa dan mereka dapat memberikan penjagaan yang rapi kepada anak. Ibu yang mampu menyusukan bayi tidak digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayi. Islam memerintahkan bapa memberi upah kepada ibu yang menyusukan anak. Dengan cara ini, Islam memastikan anak mendapat segala keperluan dalam tempoh menyusu. Ibu yang enggan menyusukan bayi tanpa sebab telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayi yang telah diamanahkan oleh Allah.





Rujukan: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)



Terdapat juga set cadangan untuk menyusu dari produk  shaklee. Set yang terdiri daripada ESP Shaklee, ALFALFA COMPLEX & B COMPLEX . Set ini bertujuan untuk membantu progres susu & menggalakkan susu bertambah dari biasa.





ESP SHAKLEE : memekatkan susu badan,memelihara kulit menjadi lebih licin

ALFALFA COMPLEX : menggalakkan progress susu badan bertambah

B COMPLEX : mengelakkan stress & ibu lebih fokus untuk penghasilan susu, menambah tenaga.



Anda juga inginkan eksklusif breast feeding?

Ingin mencuba Set Milkbooster?

Boleh hubungi saya segera untuk mendapatkan set milkbooster ini dengan harga istimewa

Konsultasi eksklusif & jadual pemakanan secara percuma hanya akan di beri kepada setiap pelanggan saya.


https://www.facebook.com/messages/


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONNECT whit ME!

Name

Email *

Message *

I AM IN LOVE!!!!

I AM IN LOVE!!!!