JOM KITA BACA APA SEBENARNYA HYPERTHYROID...
Hyperthyroid bermaksud kelenjar thyroid kita mengeluarkan lebih hormon thyroid. Kelenjar thyroid terletak dibahagian hadapan leher kita. Berfungsi untuk mengawal metabolisma, memberi keupayaan kepada tubuh untuk memproses makanan kepada tenaga. Ia juga memberi kesan kepada jantung, otot, tulang dan kolestrol.
Lebihan hormon thyroid boleh menyebabkan banyak sistem tubuh menjadi cepat. Kita akan kehilangan berat badan secara mendadak, degupan jantung yang laju, berpeluh, rasa berdebar dan hiland mood. Atau kita mungkin juga tidak mengalami sebarang simptom.
Hyperthyroid boleh dirawat dengan mudah dan penghidap hyperthyroid boleh kembali hidup sihat. Jika tidak dirawat, hyperthyroid boleh membawa kepada masalah jantung yang serius, masalah tulang dan satu keadaan yang merbahaya yang dikenali sebagai 'thyroid storm'.
Hyperthyroid biasanya berpunca daripada Grave's disease. Ia terjadi apabila sistem pertahanan semulajadi tubuh menyerang kelenjar thyroid. Kelenjar thyroid melawan semua dengan menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid. Seperti masalah thyroid lain, ia ada keturunan.
Kadangkala hyperthyroid juga boleh disebabkan oleh pembengkakan thyroid atau ketumbuhan kecil pada thyroid yang dikenali sebagai nodul thyroid.
Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom. Atau:
- Anda mungkin merasa gementar, tiada mood, lemah dan letih
- Tangan menggeletar, jantung berdegup pantas atau mengalami kesukaran bernafas
- Kepanasan dan berpeluh, kulit menjadi kemerah-merahan dan gatal
- Mengalami keguguran rambut
- Hilang berat badan walaupun tetap mengambil pemakanan seperti biasa
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, sila berjumpa doktor. Tanpa rawatan, hyperthyroid boleh menyebabkan masalah jantung, tulang dan yang lebih bahaya adalah thyroid storm.
Doktor akan bertanya tentang simptom yang anda alami dan melakukan pemeriksaan fizikal. Selepas itu, ujian darah akan dilakukan bagi mengetahui kandungan hormon thyroid di dalam tubuh anda.
Jika simptom yang anda alami mengganggu anda, doktor mungkin akan memberikan anda pil yang dipanggil beta-blockers. Ini dapat membantu anda untuk merasa lebih selesa. Hyperthyroid boleh menyebabkan masalah lain yang lebih serius, walaupun simptom anda tidak mengganggu, rawatan tetap diperlukan.
Selepas rawatan, ujian darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Ujian ini untuk memastikan yang hyperthyroid tidak berulang. Doktor juga perlu memastikan yang tubuh anda mengeluarkan hormon thyroid yang secukupnya. Kadangkala rawatan berjaya merawat hyperthyroid tetap boleh juga menyebabkan masalah sebaliknya dimana hormon thyroid menjadi terlalu sedikit. Jika ini terjadi, anda mungkin perlu mengambil pil hormon thyroid untuk seumur hidup.
SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU PENGHIDAP HYPERTHYROID ATAU HYPOTHYROID UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN NUTRISI YANG DISEBABKAN OLEH MASALAH INI
Tips nutrisi berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom hyperthyroid:-
Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar
Jika anda mengambil ubat untuk hormon thyroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon thyroid.
Zat besi juga boleh menggaggu penyerapan ubatan untuk hormon thyroid.
Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.
KEKURANGAN NUTRISI BOLEH DITAMPUNG DENGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN BERIKUT:-
Multivitamin
Vitamin C
Vitamin E
B-Complex
Kalsium / magnesium
Zinc
Selenium
Omega-3
*** Jangan ambil suplemen iodine melainkan atas nasihat doktor.
HERBA
** Sila rujuk doktor anda sebelum ingin mengambil produk herba
Antara produk herba yang boleh membantu didalam masalah hyperthyroid adalah:-
- Teh hijau (gunakan produk bebas kafein)
- Lemon balm
Elakkan herba berikut:-
- Bladderwrack (Fucus vesiculosus)
- Ashwaganda (Withania somminfera)
- Produk teh hijau berkafein dan ginseng Cina atau Korea (Panax ginseng)
Nota tambahan:
Masalah thyroid semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi serius. Sesetengah penghidap hyperthyroid mengalami penurunan kepadatan tulang.
Sumber: Hyperthyroidism | University of Maryland Medical Center
- Teh hijau (gunakan produk bebas kafein)
- Lemon balm
Elakkan herba berikut:-
- Bladderwrack (Fucus vesiculosus)
- Ashwaganda (Withania somminfera)
- Produk teh hijau berkafein dan ginseng Cina atau Korea (Panax ginseng)
Nota tambahan:
Masalah thyroid semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi serius. Sesetengah penghidap hyperthyroid mengalami penurunan kepadatan tulang.
Sumber: Hyperthyroidism | University of Maryland Medical Center
No comments:
Post a Comment