DIABETIS & BUAH PINGGANG




Assalamualaikom....

Hye korang nak cerita story mory the morning glory...pasal kencing manis...sangat concern sebab diri sendiri mengalami...penyakit keturunan kot kan...tp my mom mmg takde diabetis...my late dad taktau la kan..mungkin ade...masih belum kronik...tap saja nak cerita apa kaitan diabetis ni dgn buah pinggang...





Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing manis


Terdapat 2 jenis diabetes:

I. Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
II. Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)


Komplikasi Diabetes 

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.

Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik. 


Apa yang berlaku pada buah pinggang anda disebabkan diabetes?

Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.

Apabila anda mula mendapat diabetes, buah pinggang anda mungkin akan membesar dan mula mengeluarkan bahan-bahan sisa buangan dengan cepatnya dari badan. Ini berlaku kerana terdapat banyak glukosa yang memasuki buah pinggang dan menyebabkan banyaknya air dikeluarkan dan seterusnya mengakibatkan tekanan di dalam buah pinggang anda meningkat. Ini boleh menyebabkan membren dan struktur buah pinggang menjadi tebal dan selepas satu jangka masa, buah pinggang anda akan tidak boleh menapis darah sebanyak seperti dahulu. Apabila buah pinggang anda mula kehilangan keupayaan untuk menapis, cecair dan bahan sisa buangan akan mula berkumpul di dalam darah dan meningkat ke tahap yang membahayakan.


Perbezaan di antara buah pinggang yang sihat dan
buah pinggang pesakit diabetis
Sumber: GOOGLE

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah sehingga fungsi buah pinggang mereka menurun kepada kurang 25% daripada kapasiti normal. Pada tahap akhir penyakit, fungsi buah pinggang adalah kurang daripada 10% daripada kapasiti normal. Pada ketika itu, buah pinggang anda tidak lagi boleh mengekalkan hayat dan anda terpaksa menjalani rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes bermula. Tetapi, jangkamasa untuk buah pinggang anda gagal dari berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika anda terlambat membuat pengesahan bahawa anda ada menghidapi penyakit diabetes. Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya. 




Oleh itu, kita yang masih bebas daripada diabetes perlu berwaspada dan mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan. Cegah sebelum terlambat.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CONNECT whit ME!

Name

Email *

Message *

I AM IN LOVE!!!!

I AM IN LOVE!!!!